TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd.Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad.TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.
Kerjaya
Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,pembangunan dan perancangan.
Penglibatan dalam Sektor Swasta
Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai PengurusJabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintisdalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.
Kejayaan
Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah,pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.Bhd.
Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahanPuncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya sendiri,iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firmaguamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah danperbankan.
Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang,Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam danBandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalamperniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga (M)Sdn. Bhd.
Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagiSelangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagisyarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingandan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn.Bhd.
Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air diSelangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.
Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan danpenggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd(Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd. yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.
Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak Niaga.Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd.pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. KerajaanPersekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilionkepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaranhutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagimembiayai kerja-kerja modal.
Pengiktirafan dan Anugerah
Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999.Tan Sri Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikatpelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan kumbahan dan kemudahan alam sekitar.
Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat persendirian. Tan SriRozali juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Penasihat dan Pengerusi bersama Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia.
Antara anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dariInstitut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya kepada institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek BandarBaru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.
Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Iniadalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik dalam industri air.Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.
No comments:
Post a Comment