Thursday, 6 March 2014

Datin Mina Cheah Foong



Syarikat: Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop

Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna. 

Datin Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan system engineering di University of Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau tamat belajar. Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop. 

Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The Body shop ke Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disemder 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur. Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu. Kemajuan The Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di luar dugaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu terllu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu seterusnya. AKhirnya beliau dan suami mengambil keputusan supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak mengurus kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli semula saham-saham syarikat itu di pasarn bursa. Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar daripada para pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka diperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui system parti seperti dilakukan syarikat Tupperware. 

Lain-lain strategi baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil dan kukuh. Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau membuka perniagaan itu adalah supaya dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan. 

Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau berkempen menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan. Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya yang 90 peratus terdiri daripada golongan wanita.




En. Lee Thiam Wah


Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu. Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.
Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).
Lee berkerusi roda semenjak kecil.
Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.
Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.
Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.
Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
“Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.
Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee menceritakan – ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’
Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang. Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.
Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.
Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.
Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.
Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.
Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.
Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.
Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan. Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.
Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.
Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.
Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.
“Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.”
“Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.
Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.